Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Amalan
bagi MTN3013 Senibina dan Organisasi Komputer
'Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merujuk kepada keupayaan untuk mengalikasi, analisis, menilai, dan mencipta berpandukan model Taksonomi Bloom yang disemak semula oleh Lori Anderson (1900). Melalui inovasi pdp dan pentaksiran yang diamalkan, aktiviti pdp dilihat berpotensi mengstimulasi KBAT pelajar dengan baik dan berkesan.'
Mencipta
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Amalan student generated-content dan pembelajaran berasaskan permainan di dalam pdp menggalakkan kreativiti dan inovasi pelajar melalui idea dan konsep dalam mencipta video instruksional dan perisian permainan pendidikan. Cabaran tambahan dalam penciptaan video seperti elemen nasionalisme telah mencetus idea pelajar supaya mengaitkan elemen nasionalisme dengan kandungan video berasaskan teknologi yang dicipta. Apa yang menarik ialah pelajar mampu menghasilkan kandungan video berkaitan teknologi komputer tetapi mempersembahkannya dalam bentuk dikir barat, wayang kulit, pantun, drama dan lain-lain lagi. Kreativiti yang ditunjukkan membuktikan bahawa dalam kemajuan teknologi, nilai-nilai nasionalisme masih boleh dipelihara.
Mencipta
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Penghasilan perisian permainan pendidikan telah merubah pendekatan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Cabaran yang dihadapi semasa mencipta permainan adalah pelajar wajib memahami dengan jelas topik Komponen Sistem Komputer dan Perisian Operasi yang ingin disampaikan dalam bentuk permainan sebelum memasukkan elemen gamifikasi ke dalam kaedah penyampaiannya. Dengan galakan dari pensyarah, pelajar yang membangunkan permainan ini mendapat pendedahan yang lebih meluas melalui penyertaan mereka di dalam International University Carnival on E-learning (IUCEL) yang telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia pada 2016.
Mencipta
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Aktiviti SULAM melalui CoMaSPro juga memerlukan pelajar untuk mencipta penyelesaian kepada masalah yang ditemui dalam persekitaran sebenar. Melalui model Kolb, pelajar merasai sendiri pengalaman belajar di lapangan dengan melaksanakan aktiviti bersama komuniti yang direka bentuk dari pendekatan penyelesaian masalah yang dicipta oleh pelajar dari permasalahan yang ditemui. Reka bentuk yang dimaksudkan boleh dilihat khusus dalam Fasa 3: Abstract Conceptualisation di sini.
Mencipta
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Aktiviti mereka bentuk casing komputer berdasarkan tema tertentu menggalakkan pelajar menghasilkan inovasi berdasarkan teknologi sedia ada. PC akuarium, PC kitar semula, dan keunikan Polygon merupakan tema-tema yang pernah terpilih untuk direalisasikan. Skrol imej Pemilihan tema yang dilakukan haruslah menyumbang kepada Sustainablity Development Goals (SDG) agar inovasi yang dicipta memberi manfaat kepada alam sekitar secara global. Produk yang dihasilkan oleh pelajar pernah mendapat liputan akhbar Berita Harian. Capaian artikel akhbar boleh diperolehi di sini.
Mentaksir
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kaedah pentaksiran kendiri melalui tugasan individu juga membuka ruang kepada pelajar untuk menambahbaik pencapaian markah kerja kursus. Ini adalah kerana pentaksiran kendiri adalah bersifat formatif dan bertujuan membantu pelajar memahami topik yang dipelajari. Markah kerja kursus yang diperolehi melalui pentaksiran kendiri hanya mengambil kira jumlah tugasan yang telah dilengkapkan dalam talian dan bukan jumlah jawapan yang betul. Melalui kaedah pentaksiran begini, pelajar yang mentaksir tugasan mereka secara kendiri akan belajar melalui kesilapan dan tiada penalti akan diberikan sekiranya jawapan adalah salah. Klik dan skrol imej di sebelah kiri untuk melihat koleksi soalan pentaksiran kendiri dalam talian yang telah dihasilkan.
Pemantauan ke atas jumlah tugasan yang telah dilengkapkan oleh pelajar secara dalam talian mudah dilaksanakan kerana platform MOOC yang digunakan membenarkan pensyarah melaksanakan pentaksiran berasaskan bukti yang telah dihantar oleh pelajar secara dalam talian. Klik dan skrol imej di sebelah kiri untuk melihat contoh hantaran tugasan pelajar secara dalam talian yang dijadikan bukti pembelajaran.
Mentaksir
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Justifikasi untuk tidak menetapkan satu tema khusus bagi projek berkumpulan bertujuan untuk membolehkan pelajar mempertimbang keupayaan mereka sebelum membuat keputusan memilih tema yang bersuaian. Oleh kerana itu, kebanyakan arahan tugasan mengandungi sekurang-kurangnya dua tajuk untuk dipertimbangkan oleh pelajar seperti yang ditunjukkan di sini. Pemilihan tema atau tajuk yang bersesuaian dengan kebolehan atau minat pelajar membolehkan mereka mengekspresi dan merealisasi idea dengan lebih baik. Tambahan lagi, pembentangan yang biasanya berlangsung dalam bentuk pameran atau penyertaan pertandingan memberi peluang kepada pelajar untuk berhujah dan mempertahan idea di hadapan panel luar. Pembentang harus meyakinkan penilai berkenaan kelebihan produk mereka. Selain mampu mengelakkan ciri bias oleh pensyarah sewaktu penilaian, kaedah melantik panel luar untuk menilai produk pelajar juga mampu menyebarluas kepakaran pelajar UPSI kepada pihak luar secara tidak langsung. Ganjaran dalam bentuk telefon pintar, perkakasan ICT, dan hamper juga diberi bertujuan untuk memotivasikan pelajar. Aktiviti seperti ini juga menyediakan ruang bagi pelajar untuk menilai dan mengkritik produk pelajar yang lain.
Mentaksir
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Pembentangan melalui platform media sosial seperti Youtube juga membenarkan pelajar memberi reaksi sama seperti pembentangan melalui pameran atau penyertaaan pertandingan. Penggunaan media sosial lebih bersifat terbuka kerana orang awam juga dibenarkan untuk memberi pandangan dan cadangan, sekurang-kurangnya melalui Likes dan Komen. Amalan ini amat sesuai dengan perkembangan masyarakat hari ini yang gemar menghakimi apa yang ditonton di internet. Justeru fenomena ini diadaptasi agar kaedah pentaksiran dan penilaian adalah mengikut trend terkini. Klik dan skrol imej di sebelah kiri untuk melihat komen-komen yang diperolehi oleh pelajar dari orang awam dan rakan pelajar yang lain.
Analitikal
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Selain dari membentuk kemahiran mentaksir, kaedah mentaksir sendiri tugasan individu membenarkan pelajar membanding dan menganalisis jawapan tidak tepat dengan jawapan yang betul. Pelajar akan belajar melalui kesilapan yang dilakukan. Selain itu, penghasilan kerja berkumpulan seperti video instruksional dan inovasi casing komputer juga memerlukan pelajar untuk mengenalpasti dan membezakan kelebihan dan kelemahan setiap sumber material sebelum membuat pilihan yang tepat. Aktiviti kolaborasi menggalakkan pelajar supaya berbincang dan menganalisis sumber material yang memenuhi kriteria penghasilan produk projek berkumpulan. Kegagalan untuk menghubung hasil analisis material yang ada akan menyebabkan kegagalan dalam penghasilan produk. Sebagai contoh, pemilihan perekat yang salah ketika pembinaan casing komputer akan menyebabkan sambungan perspek terbuka dan bocor. Bukan itu sahaja, pemilihan material penyejuk perkakasan komputer juga perlu dilakukan berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada perkakasan yang lain.
Aplikasi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Secara umum, keupayaan untuk mengaplikasi boleh dilihat melalui pelbagai bentuk tugasan individu dan projek berkumpulan yang diberi kepada pelajar. Pelajar perlu mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di dalam kelas kuliah dan amali ketika menyiapkan tugasan dan projek.
Kumpulan pelajar yang terlibat dalam SULAM atau CSR pula perlu mendemonstrasi penyelenggaraan dan baikpulih komputer ketika memberi khidmat kepada masyarakat. Terdapat kumpulan pelajar yang terlibat dengan aktiviti melibatkan anak-anak orang asli yang jauh tertinggal dari aspek perkembangan teknologi. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung telah menjadikan pelajar sebagai agen pemindahan pengetahuan antara universiti dan masyarakat orang asli. Klik pada Menu Tab Perkhidmatan Komuniti untuk melihat gambar aktiviti yang dimaksudkan.
Selain itu, inovasi yang ditawarkan oleh platform MOOC membolehkan perlaksanaan tugasan individu berlangsung secara dalam talian dan sesuai dengan self-paced masing-masing. Tambahan lagi, setiap pelajar diberi peluang samarata untuk mengumpul markah kerja kursus melalui penglibatan aktif menghantar tugasan secara dalam talian.
Kemahiran mengaplikasi juga turut merangkumi aktiviti bukan bersifat akademik seperti pengurusan SULAM dan CSR, lawatan ilmiah, pameran dan 1001 aktiviti lagi. Ini menunjukkan amalan pdp yang dilaksanakan sangat menitikberatkan KBAT yang perlu dicapai dalam Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) MTN3013 Senibina dan Organisasi Komputer di samping melahirkan pelajar yang outstanding secara holistik.