Kualiti Hasil Kerja
Pelajar
Kualiti hasil kerja pelajar adalah melebihi jangkaan. Kepelbagaian kreativiti dan inovasi yang ditunjukkan membuktikan mereka telah bersedia untuk mengadaptasi cabaran dan permasalahan dalam abad ke-21.
Student-generated content
Pelajar yang diberi kebebasan untuk mengekspresi pengetahuan dan kemahiran berjaya menyumbang bahan pembelajaran yang kreatif dan inovatif seperti video pembelajaran dan perisian permainan pendidikan. Screenshot di bawah membuktikan komen-komen positif yang diberikan oleh rakan pelajar dan orang awam.
Laporan SULAM (CoMaSPro)
Pelajar yang mengikuti pembelajaran melalui perkhidmatan dan pengalaman sebenar (Kolb) di lapangan telah menghasilkan laporan yang sesuai dengan aras pembelajaran mereka sebagai pelajar tahun pertama semester pertama. Klik di sini untuk melihat koleksi laporan pelajar.
Casing Komputer
Pelajar yang berminat dengan produk maujud berjaya mengekspresi kreativiti dan idea inovasi melalui reka bentuk casing komputer. Ini dibuktikan melalui komen positif yang diperolehi dari penonton dalam dan luar negara serta turut mendapat liputan menerusi kolum Varsity, Berita Harian pada 20 April 2017. Idea dan inovasi pelajar turut menerima anugerah khas juri dalam pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Selangor. Perhatian dan liputan yang diperolehi secara tidak langsung mempromosi kepakaran pelajar UPSI ke peringkat yang lebih tinggi.
.
.
CSR
Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari oleh pelajar universiti turut memberi manfaat kepada orang awam khususnya kanak-kanak orang asli. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang dikongsi, diharap kanak-kanak ini mampu untuk bersaing dan bekerja dengan rakan-rakan di bandar. Aktiviti dalam bentuk community outreach sebegini secara tidak langsung turut mempromosi program yang ditawarkan oleh fakutli kepada orang awam selain menjadi platform perkongsian ilmu dengan orang awam.