THE STORY OF
SUCCESS
Implementasi pdp melalui student-generated content, SULAM, pembelajaran teradun menerusi MOOC, pembelajaran berasaskan permainan dan CSR turut menerima perhatian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Demonstrasi implementasi MOOC telah dibentangkan di hadapan Menteri dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi semasa penganjuran Seminar on Malaysia Higher Education 4.0 pada 11 September 2017. Amalan ini juga telah menerima Pingat Emas, Juara Kategori dan Juara Keseluruhan K-NOVASI 2018 yang bertemakan Pendidikan 4.0: Graduan Kalis Masa Depan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada 2016, video instruksional yang dihasilkan untuk MOOC kursus ini telah menerima Anugerah Creative and Interactive e-Learning Award di IUCEL2016, Universiti Teknologi Malaysia, Johan Anugerah PdP BITARA UPSI 2017 dan Anugerah Pendidik Inovatif BITARA UPSI 2017.