Inovasi Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran
bagi MTN3013 Senibina dan Organisasi Komputer
Student-generated content sebagai material pembelajaran (CLO3, CLO4). Berpandukan teori konstruktivis, secara berkumpulan pelajar menghasilkan video kreatif berkaitan teknologi komputer terkini atau instalasi komputer selepas pentaksiran CLO3 dilaksanakan menerusi ujian penyelenggaraan komputer individu. Elemen tambahan yang menunjukkan identiti kebangsaan turut diberi markah tambahan bertujuan untuk menyemai rasa sayangkan negara. Video terbaik akan dipilih sebagai video pengajaran bagi kursus MTN3013. Strategi ini menyebabkan jumlah material pembelajaran bertambah secara konsisten kerana pelajar merupakan pencipta kandungan bagi pembelajarannya sendiri. Klik di sini untuk melihat arahan tugasan dan rubrik penilaian dan klik di sini atau di sini untuk menonton koleksi student-generated content.
Student-generated
content
SULAM
Service Learning Malaysia - University for Society (CLO3, CLO4). Berdasarkan model Kolb atau 5E, secara berkumpulan pelajar akan merasai pengalaman belajar di lapangan dalam persekitaran realistik. Pelajar akan mencari ruang di dalam komuniti untuk melaksanakan pembelajaran melalui perkhidmatan. Justeru, pelajar memilih sekolah yang perlu dibantu dari aspek penyelenggaraan dan baik pulih komputer untuk ABM secara percuma. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di dalam kelas dibawa keluar dan dikongsi bersama komuniti. Klik di sini untuk melihat arahan tugasan dan rubrik penilaian dan klik di sini atau di sini untuk melihat perincian perlaksanaan SULAM.
Pembelajaran berasaskan Permainan
Pembelajaran berasaskan Permainan (CLO3, CLO4). Berdasarkan teori konstruktivis juga, pelajar mencipta perisian permainan pendidikan yang dinamakan Mr Binarie’s Brain, Binary Football, Bingram, dan DrPC sebagai material pembelajaran. Kandungan permainan berasaskan kepada kefahaman pelajar terhadap topik berkaitan binari dan perkakasan komputer. Perisian permainan pendidikan ini kemudiannya dimuatnaik ke OpenLearning sebagai material pembelajaran melalui MOOC. Klik di sini untuk muat turun permainan.
Lawatan Ilmiah
Lawatan Ilmiah (CLO3, CLO4) ke industri bermatlamat untuk meluaskan pengetahuan pelaajar berkaitan aplikasi teknologi terkini komputer di persekitaran industri. Sehingga 2023, lawatan ilmiah telah dilakukan ke Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd., Seri Kembangan; Low Yatt, Kuala Lumpur; CyberSecurity Malaysia, Seri Kembangan; Western Digital, Penang; Dell Global Business Center, Cyberjaya; dan Lembaga Getah Malaysia, Kuala Lumpur.
Sebagai tambahan kepada elemen bukan akademik, strategi mengadakan lawatan ilmiah juga mendedahkan pelajar kepada aspek pengurusan program. Pelajar perlu menyediakan kertas kerja permohonan kelulusan aktiviti di samping berkomunikasi dengan pihak luar secara profesional. Proses ini memberi nilai tambah khususnya kepada pelajar semester 1 tahun 1.
Massive Open Online Course (MOOC, CLO1, CLO2) juga telah menjadi faktor major evolusi kepada strategi pdp. Strategi berpusatkan pensyarah telah berubah sepenuhnya kepada berpusatkan pelajar melalui pembelajaran teradun dan self-paced. Penghasilan hampir 50 video instruksional oleh saya dengan dibantu oleh pelajar yang berdedikasi telah melayakkan kursus ini memenangi beberapa anugerah. Klik di sini untuk menonton koleksi video instruksional yang dimaksudkan.
MOOC
Video instruksional yang telah dibangunkan dimuatnaik ke platform MOOC OpenLearning dan pelajar boleh menonton secara self-paced. Perbincangan dibenarkan semasa sesi kuliah di mana pensyarah hanya berperanan sebagai fasilitator.
Bagi pertemuan dalam talian, adab dan akhlak tetap dipantau. Sebagai contoh, soalan yang ditanya perlu dimulakan dengan 'salam' atau 'sir'.